Assalamualaikum dan Hi! Tahun 2018 merupakan tahun yang agak sendu bagi aku. Bukan sendu apa, sendu sebab tak banyak trip. Huhuhu pasalnya i dengan tunang kena simpan duit sungguh-sungguh untuk persiapan melangkah ke dunia baru. Ceewahhh
Sendu tak sendu la, selain daripada Jakarta, aku berjaya meloloskan diri ke Lombok, Indonesia. Yehuuuuu!!
Merese Hill, Lombok
Aku sebenarnya daripada tahun 2016 dah berhajat nak pergi Lombok. Siap dah beli tiket pergi (balik belum) hahah tapi sebab masatu partner yang patutnya pergi dengan aku, dia nak kahwin. Jadinya, terbantut la hajat sistur nak membakar muka di sana.
Oleh itu, sistur yang tak pernah berputus asa ni.. cekal menghadapi badai untuk ke sana hahahaha - overnya. Ya alkisahknya pun cuti hampir tak approve. Okay lantakkan la cerita sadis tu.
Masa zaman 2016 tu, kalau sebut Lombok.. kemain takut lagi orang nak pergi. Takut kena culik. Sebenarnya ada cerita disebalik kes culik ni, memang terjadi. Tapi kena tunggu aku habis update entry la kikiki. Oh ye, masa aku pergi ni baru je habis gempa kat Lombok. So pelancong memang tak ramai. Plus banyak runtuhan, sebahagianya belum dibaiki.
Sekian mukadimah.
Baiklah, trip kali ni dianggotai kawan universiti aku dengan adik & kawannya. Aku ni kiranya penyibuk yang nak cukupkan korum la Kitorang beli tiket pun agak last minute. Masatu tiba-tiba ada sale, Epy tanya nak join tak. Aku apa lagi, mestilah nak kannn??! hihi - tanpa berfikir panjang. Lol.
Next jemah in action!
******************************
Ni itinerary berserta kos kami sepanjang 6 hari kat sana. Lama gila, dah macam pergi Jepun hahah
Tapi ada a few yang tak jadi pergi atas faktor keselamatan dan masa.
Itinerary 6D/5N Lombok 8 - 13 November 2018
Pick up airport lombok (6.00 pm)
Check in Hotel (Villa Mataano)
Free & Easy
Day 2 - Senggigi
Check out Hotel at Villa Mataano
Activities:
•Benang Stokel
•Benang Kelambu
•Benang Kelambu
•Shopping
•Kampoeng Tenun
•Kampoeng Tenun
•Check in Hotel Kebun Villa
Day 3 - Senggigi & Gili
Day 3 - Senggigi & Gili
Check out Hotel Kebun Villa
Activities
•Malimbu Hill (sunset)
•Villa Hantu
•Villa Hantu
Snorkeling trip 3 gilis (overnight 1 day)
Activities:
•1000 of collourfull of fish
•Turtle
•Blue coral
•Garden coral
•Check in Hotel at Gili Trawangan - Little Coco
•Free & easy
Day 4 - Senggigi
Check out at Gili Trawangan - Little Coco
Pick up jetty
Activities:
•Enjoy at puncak sembalun to see best panorama (Taman Wisata Pusuk Sembalun)
•Bukit Monjet or Selfie at bukit selong (Bukit Selong Rice field viewpoint)
•Traditional sembalun village / Desa Sembalun / Bukit Pergasingan
•Check in Core Hotel
Day 5 - Senggigi
Pick up at Hotel
Activities:
•
•Sasak Village
•Kuta Beach
•Tanjung Aan beach
•Bukit merese
•Back to Hotel
Day 6 - Senggigi
•Tanjung Aan beach
•Bukit merese
•Back to Hotel
Day 6 - Senggigi
Check out hotel at 11.00 am
Activities:
•Mawun beach
•Masjid Lombok - Islamic Center NTB
•Drop to airport Lombok (06.15pm)
Price : 4,400,000 @ RM 1,300/4 pax = RM 325
Termasuk :
Fast Boat (private) return Gili Trawangan
Kereta, Minyak, tol, tempat masuk wisata.
Tidak Termasuk :
Hotel
Shopping
Makan
Fee Guide & Driver 😄😄😄
•Drop to airport Lombok (06.15pm)
Price : 4,400,000 @ RM 1,300/4 pax = RM 325
Termasuk :
Fast Boat (private) return Gili Trawangan
Kereta, Minyak, tol, tempat masuk wisata.
Tidak Termasuk :
Hotel
Shopping
Makan
Fee Guide & Driver 😄😄😄
Lain-lain :
Insurans: RM 19.50
Hotel: RM 261
Flight: RM 256 include luggage 25kg balik
Jumlah tak masuk makan: RM 862
So aku rasa termasuk makan dan shopping, almost RM 900 - RM 1,000 juga. Sebab apa guys, sebab pergi 6 hari. Hahahha kau dah kenapa sampai 6 hari kan. Lepastu suka betul shopping kat convenience store dia. hihi Tapi aku boleh kata, trip ni agak santai dan banyak masa lengang
Okay sengaja la aku bagi teaser sebelum aku sambung posting lain. Semoga engkorang pun tak sabar nak baca macam mana aku yang tak sabar nak update tapi entah bilanya masa nak oi
Gili Trawangan
Villa Hantu
Bukit Sembalun
Merese Hill
Desa Sembalun
Tanjung Aan feat Kelapa Muda
Berjumpa lagi kita di segmen akan datang!
No comments:
Post a Comment