Pages

Wednesday, August 23, 2017

Trip Beronok-ronok ke Phuket: Raya Island

Hey gais, so here a short write up tentang trip kitorang ke Phuket bulan lepas. eheheh lama betul tangguh (cam biasa la ehhh). Okay, sebenarnya before trip lagi aku banyak buat kajian tentang pulau-pulau untuk Island Hopping kat Phuket ni, which is yang paling famous adalah James Bond Island. 


Tapinya, aku macam tak berminat pun nak pergi sebab air dia macam keruh. Baiklah aku pergi Port Dickson ye noksss. Kahkah! Dannn kalau kau tengok dekat website ni dan ni, kau akan temui punyalah banyak kepulauan indah di Phuket.

And yeah, we choose Raya Island! Atau nama lain dia Racha Island huhuuu bunyi dekat-dekat kot atau pun orang Thailand pelat Y. Done fitnah. Okay kita lupa kan hal ehwal nama pulau tersebut.

Back to back.

Island hoping to Raya Island ni ada 2 types which kau nak pergi full day atau half day. Harga seperti yang sudah sis khabarkan di entry sebelum ni. Boleh baca kat sini yehh.

Ini pula itinerary sepanjang tour ke Raya Island ----

  • 11 AM - 12 PM: Shuttle van akan pick up kat hotel within this time
  • 12 PM lebih kurang la: Start gerak pegi kedai dia tepi jeti
  • 2 PM: Baru start naik speed boat
  • Pastu 1st check point adalah snorkeling. the 2nd baru lah bertenang di Raya Island

Disebabkan perangai kitorang yang terlalu ingin kan ketenangan maksima ni, kitorang pilih halfday aje. Start pukul 12 tengahari. So pagi tu, macam biasa la ye kawan-kawan, melepak sampai nak muntah rasa. Tidur macam dah taknak bangun.

 

Aktiviti bertenang Mikail

 

Mami sempat lagi baca email hehe

Good Morning Phuket!

Jadi kami tunggu shuttle van dekat lobby hotel, macam biasa la kalau kau pergi island hoping kat Langkawi. Dia ambil kat hotel kan. Hahahah macam tu lah! ermm macam tak penting point ni. Kendian dah pick up semua, semua di bawa ke satu kedai ni perjalanan amat lah lama, ada dalam sejam lebih aku rasa! --- sebab aku sempat tidur kekekkee

Dalam kedai tu

Aku syak ni kedai company yang uruskan tour ni. Bukan agent dia eh. Dalam kedai dia ni, ada kerusi susun-susun macam attend hari kecemerlangan darjah satu dulu-dulu. Ada guider dia akan bagi explanation do and dont. Sementara nak tunggu penuh kedai dia tu, menyempat la weolls minum makan air yang disediakan. Kalau was was tentang statu halal, takyah makan. Sebab aku minum air masak je, aku rasa halal. Huhuhu

Dalam sesi explanation dia tu, ada dalam dua van. So in total ada dalam 25-30 orang macam tu. Lama namatik noksss tunggu van satu lagi tu. Adoi stress kakak. Pukul 2.30 petang macam tu baru a kitorang semua berangkat ke jeti untuk naik boat yang akan membawa penumpang yang cantik cantik ni. Heheh jalan kaki je! Takde la jauh sangat dari kedai tadi, tapi basah jugak ketiak ni oi

Say Hi to Ombak Phuket

Dalam boat, selalunya aku memang akan pilih seat yang depan sekali. Acah menikmati angin laut. Kakak dengan anak dia semua duduk dalam. Yelah bawak baby, kopahal pulak nak duduk tempat tak stabil. Tapi keindahan tak berpanjangan.

Jeti

Setelah sekitar 15 minit membelah ombak, gelombang dah mula ganas. Aku yang tadi sangatlah bertenang, terus tudung senget benget. Jantung macam nak meletup. Ombak dia sumpah ganas sangat sangat sangat!!!! Tinggi, besar, menggegarkan otak!. Huhuhuhu Sumpah seram gila. sejuta kali ganda lebih seram dari ombak yang aku penah lalui.

TIPS: Buat sesiapa yang nak island hoping kat Phuket, mohon preapre mental physical, setelah aku siasat dengan guuider tu he told me memang everyday macam ni. Wakakakkaaa

Aku ingatkan kitorang datang time cuaca yang tak berapa baik, rupanya memang ini ah dia rutin harian orang orang yang kemudi boat ni. Seram noharom.

Kau bayangkan ah, aku duduk depan sekali tu, boat dah macam nak terbalik aku rasa. Terus terlintas kat fikiran "Eh aku tak beli insurance ni, memang mati katak lah ni kalau terpelanting" erm.

Lebih menyeramkan sebab aku tak sempat pakai life jacket, ramai juga muntah masa tu. Aku masih boleh control isi perut ni syukur. Cuma jantung aku, kalau kira blood pressure kendian pegi PAC PTD, awal-awal lagi kena kick out. Huhuhu

Ketakukan membelah ombak ni sekitar 2 jam jugak. Bermakna 2 jam dalam ketakutan. Kakak yang dekat tengah perut boat, aku syak dia pun rasa kematian semakin hampir -,-

1st Check Point

Sejujurnya aku tak berapa nak ingat kat mana check point ni. Hahhaha ketakutan melampau mengakibatkan nyanyuk tahap teruk. Untuk korang yang nak snorkeling, boleh la menunjukkan aksi terlebih korang tu. Tapi, frankly speaking. Tak cantik pun pemadangan kat bawah tu. Hmmm

Keruh kan???!

 berbuih banyak disyaki kurang udara untuk bernafas. kahkah! 

 hehehehe

abang boat murah hati tolong kita ambek gambar even ada kuku karatzz kat tepi tew

Kakak cakap, coral karang ikan dekat Pulau Weh lagi cantik. Yes, aku pun berpendapat sebegitu. Dekat Redang lawa lagi. Disebabkan takde kutipan foto menarik dekat bawah, aku decide untuk naik je atas bot. takyah buang masa kat bawah tu. kakakka Dekat sini dia bagi masa dalam 40 minit. Ombak dia masih kuat, kalau kau pening-pening atas bot, terapung je lah kat bawah tu hehe (tapi kat bawah tu ombak kuat, pegang tali erat-erat okay) entah berapa kali aku nak terlanggar kipas bot. Kehkeh

Raya Island

Finally, sampai jugak! Pulau ni tak besar, tak kecil. Bot akan stop kat jeti tengah laut, kemudian jalan kaki je nak ke pulau. Tak jauh pun hehehe cantik ambil gambar kat atas jambatan buatan dia ni.

Dari boat ke tepian pantai

Dekat sini, nothing we can do cuma berehat dan menikmati ombak. Tu je. Ombak dia memang tak reti bertenang. Jadiknya, aku hanya lepak tepi pantai, makan keropok lays dengan bergaya. Hehe aku tak explore pun apa yang ada kat pulau ni. Nampak la a few stall yang jual makanan.

Ramai juga yang mandi kat pantai, pada aku: Tak cantik pun. huhuhuhuhuhuh. air dia keruh tak sebiru yang aku dambakan.


kawasan dia seluas ni sahaja. tepi tu kedai-kedai

Masa yang diambil kat sini mungkin sekitar 2 jam. Betul-betul relaxing. Time nak balik tu, bot akan pick up kat tempat tadi. Befor naik bot, dorang akan cucikan kaki korang dulu sebelum masuk bot (feeling king). Untuk mengelakkan korang bawak pasir pasir yang tak diperlukan.

Mari saksikan gambar-gambar sewaktu di sana 

Mami ayah yang baru lepas pening lalat terkena penangan ombak Phuket

Hehehhee! Mica dgn Mika yang busy tepi pantai ditemani mami bawang

 
Tepi pantai ni ada shower untuk enkorang bersihkan badan


 Menikmati angin bayu. Kakkaka pasir diaaa hmm so sad, pasal tu air keruh dah macam kat PD 

Keruh keruh pun, wajib ambek gambar ðŸ˜…😅

Kalau reti shoot, boleh jadik cantik. jadi jangan tinggal bakat ambek gambar tu kat rumah dalam bilik ek

 Banyak boat yang stop kat sini, padahalll pulau ni kecik jekk pasal tu padat gahahhaha

Raya Island

Sejurus masuk bot, masih lagi dihantui ketakutan nak membelah ombak. Hahhahaa sepanjang kat bot tu, aku memang dah mentally prepared. Aku siap-siap pakai life jacket dan bertenang seboleh-bolehnya. Tak lupa juga adegan pejam mata. huhu scary nokss

sunset in Phuket

Dan akhirnya tiba la detik yang ditunggu-tunggu. Yakni sampai ke jeti untuk balik!!!
On the way nak balik hote, memang aku pengsan terus tidur sampai terlupa cara nak bangun. hehe




**********************************************


TRIVIA: Kitorang naik speedboat. Guider cakap, kalau pilih untuk naik boat besar macam feri tu, maybe akan ambil masa dalam 4 jam. Omg.

NOTE: Dalam pakej ni, disediakan mineral water, fresh fruit, sandwich. Kalau ambil yang fullday, ada lunch sekali.


TIPS:

  • Not recommended for baby, child, ibu mengandung, orang tua, baru lepas minum arak, tak cukup tidur dan pemabuk laut. Semua orang la tak sesuai! Kalau nak rasa pengalaman ombak bergelora boleh la
  • Bersedia untuk muntah. 2 jam pergi, 2 jam balik. Ombak amat lah ganas, cukup untuk menerbalikkan isi perut
  • Pakai life jacket and beli travel insurance. kekeekeke
  • Make sure tanya dulu halal ke tak makanan yang disediakan. Kahkahkah
  • Aku kasi 3/8 bintang untuk scenery huhu
  • Takkan repeat. TITIK!!!

---- Aku agak gambar aku banyak hilang, which is terdelete. So tidak lah bergitu bersemangat nak cerita banyak ermmm 











No comments:

Post a Comment