Pagi hari ni masih lagi dimulakan dengan acara berlari ke Subway untuk kejar tour dekat Changdeokgung Palace yang dah di booked seminggu sebelum. FYI guyss, kalau korang berhasrat untuk melawat Huwon Secret Garden, korang "WAJIB" eh join tour. Takleh pergi sendiri.
Sesampai jek kat kaunter, kitorang masuk reservation lane. Just tunjuk yang kita dah booked benda tu.
Cara nak book dia, amat lah mudah, Kalau tak silap kau boleh book online dekat website dia seminggu sebelum tarikh yang korang nak. Ha nak book kat sini la
Changdeokgung Palace and Huwon
Entrance fee
[International Visitors]Adults (ages 19-64): Regular 3,000 won / Huwon 5,000 won
Children and Teenagers (ages 18 and under): Regular 1,500 won / Huwon 2,500 won
Group (over 10): 20% discount offered for regular tickets only.
Motif utama kitorang datang adalah untuk selpi di bawah pohon nan rendang. Namun segalanya punah, tatkala melihat semua pepohon berwarna hijau seperti pokok pelam depan rumah.
Camat datanggg - Pintu masuk
Kawasan lapang before nak pegi Huwon tu
Huwon Secret Garden aka Taman Mempelam T.T
Ahli jemaah kelas 3 Wawasan
Pondok pelik tengah hutan
Sapelak photobomb kita
Muka penat kena marah ahjussi hehe
Tour makan masa dalam 1 jam ke 1 jam 30 minit. Kalau datang musim panas, takyah la nak diva sangat pakai baju sarat dan kain tebal. Dikhuatiri ada yang demam kepialu pasal panas sampai ke otak.
Dia akan bawak kau ala-ala macam lawatan tapak berserta penerangan yang panjang berjela. Even dia cakap English, aku memang tak boleh fokus! Aku sibuk uruskan hal ketiak dan kaki yang berdenyut akibat turun naik bukit secara berulang kali. Sumpah takkan repeat even kasi 5 ribu. Kalau 5 juta boleh. Hehe.
Korang masih diberi peluang untuk ambek gambar. Setiap satu stop korang akan diberi masa 10-15 minit untuk "mengamati" keindahan dalam tu.
Ahah yang paling puaka apabila tour ni di kawal juga oleh seorang ahjussi. Dimana tugasnya adalah untuk memastikan semua orang bergerak dalam satu team. Selalunya dia akan duduk belakang sekali. Kitorang yang asyik termengah ni selalu jadi mangsa "malaikat maut" tu. Dia selalu sangat muncul tiba-tiba. Hilang tiba-tiba.
Macam dalam tv cerita Korea kegemaran enkorang
Ada seketul je pokok warna merah huhu
Ahjuma kasi taklimat tapi semua orang tak dengar sebab penat tercungap-cungap belum habis
Kitorang antara ahli jemaah yang terkebelakang sekali yang keluar. Sebab penat tahap luar biasa. Jadi sempat la warga rombongan berehat sekejap duduk atas jalan. Masa on the way nak pergi pintu keluar tu, weolls terserempak dengan dinding cantik ni.
Jadi sementara kenkawan lain take turn shooting. Kakak lepak duduk dulu. Waduhh capek amettt. Hilang seluruh tenaga rasanya. Hakhak! Baru lokasi pertama penat dia dah macam berperang seminggu.
Ambek napas sikit
Gaya cikgu sejarah yang nak buat research
Close up nak tunjuk kat anak murid nanti
Dan Amah Wawa masih berehat. Eh Amah dah tak eligible sebab dah resign heehe. Princess Wawa okay. Puih puihh
Senanye tembok buruk je kat kuala pilah pun ada. Tapi sebab ni kat Korea kan, kena la ambek gambar. Nak kena tunjuk kat kenkawan kat facebook, wicet dan maispes.
Cikgu Tadika subjek seni
Tips: Tour ni sumpah memenatkan. Nasihat kakak, korang please bawak air berbotol-botol eh. Beg tu biar berat, takpe. Asal tak kehausan tengah jalan. Kekekeke guider tu cakap tak boleh makan, tapi aku lapar! Aku tetap makan. Tapi biskut jelleww sebelum aku dinobatkan sebagai tourist yang biadap hehe
Selesai babak ketiak lecak masam, kitorang teruskan lagi dengan upacara menjejak Bukchon Hanok Village (BHV). Keluar daripada Palace tadi, aku masih duduk termenung. Based on session aku dengan Ustaz Google sebelum ni, dia kata BHV hanyalah terletak betul-betul bersebelahan palace ni. Tapi yang ada hanyalah tapak pembinaan. Lol. Jadi membazir masa lagi depan palace tu duduk-duduk google maklumat. At last, Farah tanya je kat Guard depan palace ni. Lepas dia tunjuk arah pakai hand gesture dia tu. Dan memang bertentangan dengan arah yang Google tunjuk hehe takguna.
Bukti Penat hahahahahha
Bukchon Hanok Village
Sepatutnya ada banyak spot untuk photoshoot. Tapi setelah dinasihatkan oleh "Oppa sila lah tanya" tu dan memandangkan kaki masing-masing macam kena ketumbuhan, kitorang just pegi satu spot je! Hahahhaha okay lah ni buat cukup syarat noksss. Selebihnya, tak larat nak explore. Lagipun hari dah petang, tak sempat nak checked semua destination kang
Dari palace tadi, kitorang menghala ke sebelah kanan (pastikan palace di bahu kanan ye) and sampai jumpa simpang yang pertama belok ke kanan lagi. Lepas tu kau straight je la sampai ada satu simpang ni. Kena lintas eh, dia ke kiri. Adoi aku failed la explain. Hahahahah susah sangat kau tanya je orang yang pakai baju kaler merah kat sana. Dia macam kaunter pertanyaan tapi counter-less (takde kaunter hahaha)
Time nak sampai ke BHV ni macam-macam halangan. Maksud aku halangan shopping. heaheaa belum apa-apa dah ada pocket yang terkorban. Kita mulakan dengan makanan!
Uishh dapnyee auww rindu!
Close up texture yang indah
Rasa dia macam roti telur yezza sedapppp rasa manis sikit
Halal ke? mestilah halal. Kat sana aku jadi Jakim untuk diri sendiri waakakkaka
Tak tak menurut siasatan Aton, benda ni halal. Dah. Makan je jangan banyak tanya
Ini pula roti canai versi keras sikit hehe. Yang ni bagi aku tak sedap sebab aku takleh gigit dengan pagar besi ajaib aku ni
Okay pastu tersinggah kedai sebiniyur pulak dah. Hehek. Tak murah ye, Korang jangan menggedik nak beli kat tempat lain selain Namdaemon.
Dalam tak murah tu, terembat jugak satu dua bijik
Dah jangan nak menyinggah lagi!
Okay selepas je enkau lintas jalan tu kau akan nampak ramai orang masuk simpang tu. Jadi di situlah bermulanya pencarian point untuk BHV.
Kisah Penat Sepintas Lalu: Sebelum tu memang dah buat kajian power punya. Okay kita akan pergi point sini kemudian point situ. Dah tu situ pulak. Kahkahkah bila sampai je sana.. "Erm point apeni? eh tak kisah lah. Tapi pegi satu point je eh" Sebab penat nakmatik hahahaha jalan bukit bukau dia takyah cerita la macam harem. Enkorang dah kenapa jalan tak rata??
Tips: Ada banyak point/view yang cantik untuk ambek gambar. Tapi kitorang gagal jumpa sebab kepenatan melampaui segalanya. Hehe. Kat sana, kalau kau jumpa oppa atau kakak yang pakai baju kaler merah boleh la mintak map and suruh dia bulatkan dalam map mana point yang cantik.
Sebelum nak sampai simpang tu kau akan nampak jugak kedai yang boleh sewa hanbook ni. Tujuan dia untuk kau melaram kat dalam BHV. Ahli jemaah yang ketiyak masyem ni pangkah siap siap pakai hanbook pastu nak mengelilingi BHV. It's a big No sistur.
Bila kau lalu kawasan ni, ia adalah tanda tanda kau berada di jalan yang benar lagi tidak menyesatkan.
Kalau kau jumpa pokok merah ni kat simpang tu, ha betul lah. Unless pokok ni dah gugur kekekekeee
Kakka depan tu cover je, sebenarnya dia penat sebab terpaksa berkorban dengan kita. Kaki kita dah nak cramp, sanggup kakak tu tukar kasut dengan kita sebab kasut dia besar sikit dari kita! Muahahhaa #JasaMuDikenang #MuahManyak
Semua carik tembok untuk duduk hehehe
Dan masih mengurut kaki dan pinggang yang penat ni ha pastu mengenangkan nak jelajah BHV. Aku sikit lagi nak give up mueheheh
Okay dah terima la foto foto yang sempat dirakamkan dan kebanyakannya adalah warga Korea sendiri -,-
ini salah satu point dia. Apetah yang cantik. Kahkahkah aku massih musykil hingga saat ini
Seolah olah seorang tourist yang sesat tapi masih terseyum girang. cehh
Dan akhirnya masih setia ambek gambar berlatar belakangkan tembok batu =,,=
Kakak ni tak panas ke bawak mangkuk tu erm tak berat ke
Sibuk nak usha pagar rumah orang
Oh ye sebelum aku terlupa. Apa yang dikatakan menarik tentang Bukchon Hanok Village adalah kawasan ni adalah kawasan perkampungan lama di tengah bandar Korea. Masih ada penghuni dalam rumah rumah tu. Jadi sepanjang enkorang posing macam haiwan terkena penyakit gila yakni rabbies, korang kena senyap. Lupakan mulut jahat yang kerja nak gelak puaka. Tinggalkan perangai tarzan kat simpang masuk tadi. Yelah, aku taknak lah orang Malaysia kena kutuk dengan bangsa lain. Hewhewhew
Entah kat mana ni tah
National Folk Museum
Daripada BHV tadi, nak mencarik Museum ni berkemain payah. Terpusing sana sini, sesat dalam Village tu. Okay yang sebenarnya kitorang nak skip je museum ni and terus ker Gyeongbokgung Palace. Jadi, cari punya cari. Tanya orang kiri kanan. Dah tengok map pun masih tak jumpa jalan keluar. Dah serupa main maze runner Akhirnya.... kitorang pun sampai la satu tempat ada kerusi-kerusi. Jadi, kitorang rehat dulu makan biskut minum air sebelum masuk Gyeongbokgung Palace.
Puas melantak, konon dah melangkah nak pegi gate tu. Ingatkan Gyeongbokgung Palace. Rupanya gate untuk masuk Museum. Lol. Cam nak terajang diri sendiri Kemain lama kitorang duduk berehat makan biskut. Tak perasan langsung. Kalau tau, masuk lah dulu cukupkan list checked. Haha!
Sambil melantak kat luar tu, sempat la kitorang menyaksikan patung yang berkelakuan tak senonoh ini. Kakak malas cakap. Tengok je la ye.
Hmmmmmmmm
Dari jauh pandang, terberenti kejap nak meneliti benda apeni hehehe
Jangan tiru aksi ini di Malaysia, kelak anda akan dikecam hebat oleh netizen
Dah, masa pun tak begitu menyebelahi, terus je lah jalan pegi Gyeongbokgung Palace. Kehkeh.
Kenang kenangan nak checked jugak gate National Folk Museum. Lews
Gyeongbokgung Palace
Setibanya kitorang dekat palace tu, kitorang pun macam eh betul ke dah sampai ni? Sebab aku membayangkan aku akan jumpa gate yang sebesar alam. Seperti digembar gemburkan para jemaah facebook. Rupanya, untuk access ke palace ni kau boleh pilih untuk ikut dari mana-mana pintu! The worst part adalah pasir berterbangan bak salju menyinggah ke lubang hidung Nasihat saya, sesiapa yang asma boleh la bawak mask ehh. Kalau takdek penyakit, takyah la agaknya! hehehe
View dari Gwanghamun Square
View dari dalam
Bersin pasir masuk hidung
Model takde upah
Syiling dia asal tetiba berseni hehe
Aksi terlebih kat padang pasir
Actually ada lagi kawasan belakang tu boleh pusing-pusing. Tapi seperti yang dah di mentioned dari awal, kitorang ni penat teruk! Jadi lupakan saje hajat tu.
Gwanghamun Square - King Sejong Centre
Keluar je dari pintu utama palace, haaa itu lah Gwanghamun Square. Dia adalah sebentuk tapak perhimpunan sebenarnya.
Kebetulan masa kitorang pergi haritu ada event entah apa tak tau. Semua serba kekuningan. Siapa ada orang menyanyi buat konsert, ada pameran, ada games. Hmm curios sekali lagi seperti biasa. Kitorang ni yang sememangnya penat dari tadi takkan melepaskan peluang keemasan untuk duduk tatkala nampak padang tempat orang ramai-ramai nengok konsert. lol. Sambil duduk tu, menari sikit cucuk langit ikut rentak lagu yang dinyanyikan oleh entah artis mana Sedang bergembira menari, orang yang lalu lalang duduk sekitar kitorang ni asyik pandang-pandang kitorang je. Ape kitorang ni foreigner yang aneh ke?! Tapi masih tak peduli dan teruskan menari goyang kepala goyang tangan.
Kebetulan masa kitorang pergi haritu ada event entah apa tak tau. Semua serba kekuningan. Siapa ada orang menyanyi buat konsert, ada pameran, ada games. Hmm curios sekali lagi seperti biasa. Kitorang ni yang sememangnya penat dari tadi takkan melepaskan peluang keemasan untuk duduk tatkala nampak padang tempat orang ramai-ramai nengok konsert. lol. Sambil duduk tu, menari sikit cucuk langit ikut rentak lagu yang dinyanyikan oleh entah artis mana Sedang bergembira menari, orang yang lalu lalang duduk sekitar kitorang ni asyik pandang-pandang kitorang je. Ape kitorang ni foreigner yang aneh ke?! Tapi masih tak peduli dan teruskan menari goyang kepala goyang tangan.
Longkang tepi jalan
Jap singgah beli cotton candy yang mahal nak harewah
Lepastu kena la rakamkan detik detik bersejarah hehe
Lepastu kena la rakamkan detik detik bersejarah hehe
King Sejong di tengah tapak perhimpunan tadi
Tak lama kendian, ada la orang perempuan Korean ni datang kat kitorang. Ramah semacam,tanya kitorang dari mana, buat apa, berapa hari kat sini. Alaa cakap je la nak interview kitorang untuk assignment silang budaya subjek enko kan So terus la kitorang tanya, ni konsert sempena apa. Dia kata macam untuk memperingati bekas presiden aaahh something like that lah.
Sejurus mendengar perkataan "memperingati" terus weolls like whattt, ni konsert untuk orang mati ke? Tapi kitorang tak salah eh, kitorang just ikut rentak lagu. Lagu dia ah salah, apehal pasang lagu rock centu
Sekitar hari memperingati yang sempat kakak ambek gambar hahahahahaha!
fuhhh satu nafas update entry! bersambung esok esok
No comments:
Post a Comment