Pages

Sunday, April 30, 2017

Weekend Flying:Ada apa dengan Padang? [Part 1]

Selalunya kalau orang datang Padang, kebanyakkannya memang akan datang Bukit Tinggi. Seolah-olah dah jadi tempat pelancongan termasyhur di Sumatera Barat ni. 

Kat sini kakak nak highlight beberapa tempat/aktiviti yang sempat kakak pergi masa kakak berlibur di Padang. Very very the short trip 3 days 2 nights.
  1. Air Terjun Lembah Anai
  2. Pakai Baju Minang
  3. Istana Pagar Ruyung
Dekat Padang ni, ada beberapa spot yang famous. Antaranya, bandar Padang tu sendiri, Bukit Tinggi, Padang Panjang, Padang Pariaman dan Paya Kumbuh.

Air Terjun Lembah Anai

Mana-mana pun blog atau keyword yang kau taip pasal bukit tinggi, confirm keluar pasal air terjun ni. Aku juga semestinya taknak ketinggalan! hihi Air terjun ni terletak betul betul tepi jalan, on the way dari Airport ke Bukit Tinggi. Apa yang menarik adalah panorama dia dan ikut dongeng dulu kala.. Sape cuci muka pasakai air kat sini, akan awet muda. Adakah benar? kehkeh 

Air mancur?

 Sekumpulan dak dak bbnu main air

orang tanya sejuk ke sampai pakai sweater? Tak sejuk lah. saje pakai kekekeke






eh tetiba ramai orang hihi


Entrance fee IDR 3,000 per head. Kawasan dia kecik je, takde apa sangat. Memang sekadar air terjun jeek. Tapi berdiri kat tebing tu, habis kuyup baju dengan tudung sebab air dia memercik  Ingatkan hujan, sekali kakak tertipu.

Tak jauh dari air terjun tadi, sebelah kanan jalan aku nampak ada baaanyak sangat kolam renang! Oh rupanyaa derang buat kolam ni macam ala ala taman mini --- kenkonon macam sunway lagoon version kecik hihi 


Mencuba Pakaian Tradisi Masyarakat Minang


Salah satu benda yang korang boeh cuba adalah mencuba pakaian masyarakat minang ni! Sebenarnya ni baju kawen derang. Mak pun memang suka kitorg pakai baju baju tradisi cenggini. Time aku sampai dalam pukul 3 macam tu la. Ramaiiiii sangat orang yang tengah tunggu turn nak pakai tu

Kalau kau datang dengan pak supir, cakap je lah nak pakai baju minang. Boleh tolong bawak? hehehe nama tempat ni adalah Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau Padang Panjang *baca satu nafas* okay rumah ni aku rasa adalah muzium, dan telah dijadikan tempat pelancongan.

Sekali pakai dalam IDR 35,000 @ RM 10+/- kalau tak silap. Boleh pakai sejam. tapiii aku pakai macam berjam jam jeeee hahaha

Pelamin gaya minang

Boleh pilih baju bajuu yang enko nak pakai

yg crown ni tak pilih la ye orang tu pakai kan. kalau dapat yg berat, berat la ermm



Kalau bertuah sikit dapat lah baju yang cantik mcm iollss kakakaa siap ada sayap kat tepi

tapi baju ni betul-betul buat diri nampak gemoks maksima. terus kakak teringatkan apalah nasib pengantin minang yang kena pakai baju ni dari pagi sampai petang. Hangat lit lit! arghh

koleksi bumbung melentik


Istana Pagar Ruyung


Lagi satu benda yang menjadi tarikan di sini adalah Istana Pagar Ruyung yang besar kemahen. Dulu adalah sebuah istana, tapi sekarang dah jadi tempat pelancongan.

entrance fee dia kita lupa la 35 ke 40 ribu IDR
menariknya sebab dia unik. tu saje. hahaha jadi nah nengok la gambar dengan video yang sempat kita hambek








Kita cover sikit dulu nanti sambung, pancit kakak nak taip semua

No comments:

Post a Comment