Pages

Tuesday, December 13, 2016

Krabi Dec 2016, Day 3 -- Island Hoping (4 Islands Tour)

Here's some tips kalau nak island hoping dekat Krabi, tapi bawak baby! Selalu kalau cakap pasal island hoping, mesti uolls akan bayang kan... satu boat dengan member-member sama naik sama gila. Jerit yeksaited terukk, selpi level lupa diri. terjun laut secara berjemaah!


Kan kan kan?!

Tapi cuba kalau kau island hoping, bawak baby. Acane tu enko nak snorkeling?!!

Masa buat reserach, kau akan jumpa banyak blog yang cerita pakej island hoping ni. Ada banyakkkk. Phi phi Island, Hong Island, 4 Island etc. 

Antara pakej yang mesra baby ni, 4 Islands! 


harga:  800 thb (Speedboat), excluded National Fee Park (200 thb)
Irfan (3y) dan Izzat (5m) free!

Tour:
  1. Tup Island
  2. Chikcen Island
  3. Poda Island
  4. Phra Nang Cave


Pagi tu pukul 8 kitorang dah keluar bilik. Jalan kaki je pegi kiosk tu, sebab hotel kitorg dekat sangat dengan Aonang Street, Memang depan mata!

untuk pakej 4 island, kami naik boat yang dekat Aonang Beach ni. Takyah pegi dia punya jeti kat sana tu.

Actually, irfan memang suka aktiviti luar ni. But somehow he seems too scared! Hahaha Just look at his face. Kelakar sangat !! Hahaha Tapi permulaan boat gerak je, tak lama lepas tu, hah tak menang tangan mummy papa dia nak kejar.


Cuak

 takut melampau gamaknya

Tup Island



aku ada jumpa gambar tup island ni masa sunset, ya Allah cantik banget sumpah. tapi sebab masa kitorg pegi ni musim hujan. Matahari tak berapa nak ada. Tapi syukurrrrr tak hujan. Padahal since kitorg first day cuaca hujan. 

Thats  why gambar pun tak berapa nak cantik. Matahari takde!


 lupa cover peyot


 see the sun is not really cooperate with meee

Dan sebenarnya, kat tup island ni ada sand bank! menghubungkan tup island dengan ape tah nama island sebelah sana tu. aduh hampa sangatttt datang time hujan -,,- jadi sandbank pun tak nampak. takpe, lepas kawen je iolls akan repeat. kita takkan benarkan diri kita ni tak dapat shoot tempat cantik gini. gahahaha

anti is sleeping

buyokk shiketts kahkah

 suka sangat la tu !

izzat pulak syok tidur!


Chicken Island


Nama dia chicken, sebab ada bentuk ayam. Tapi irfan kata bukan ayam ermmm dia kata ni cat @ kucing -- eh sukati je iolls fitnah dia


So dekat sini kitorg boleh snorkeling. Dia bagi masa dalam 40 minutes. Takde la stop kat pantai, just perlu terjun dari boat! yeahhhaaa lama sangat tak snorkeling. Jadik macam mana snorkeing sambil bawak baby?!

Mudah sajeee. Irfan tu papa dia bawak terjun sekali. Tapi dia takyah la pakai google tu, sebab dia boleh terapung kan dengan life jacket tu so should be no problem.

Izzat pulak macam mana?! Aku gilir-gilir dengan kakak, lepas aku puas snorkeling. Aku naik pegang baby. Kakak pulak. (Pernah ke kenal erti puas snorkeling?)

Kahkah tapi takpe, sebab aku pun dah selalu snorkeling kan --- ciri ciri ayat redhoo


perfect shoot!



Cukup hodoh ke ni?



Jadik Izzat tak sejuk ke basah-basah ni?!

- Mesti la sejukkk, jangan lupa bawak baju extra ye untuk anak korang. Tuala pun jangan lupa (Adakah persiapan bawak anak sendiri pergi snorkeling? Sama sama kita saksikan entri 10 tahun akan datang)

Poda Island


Spot ni kitorang stop paling lama. Oh ye, pakej ni sekali lunch. Nasib baik, sangat sedappppp! Sempat la izzat tidur masa kat Poda Island dann pulau ni sangat la tenang dan nyaman. Cantik sangat!


 tanda tanda nak hujan

 landmark of Poda Island, batu seketul



 forever alone muhhahaahah

 family potrait

 Sekali pandang, macam dalam studio bukan!!!

 ni la aktiviti Irfan kat sini, mengebumikan kaki anti dia -,-


Phra Nang Cave


Gangster sangat kening rasa nak koyak kakakkaa

Mami, anti upload gambar mami hodoh sikit ye (mintak izin)

hihihi izzat ni geram bangett
Semua pandang apetah, Izzat je pandang anti aherherher


So, this is the last spot. Actually, time sampai je sini, langit dah start mendung.. dan akhirnya hujan mencurah jugaaaa. Baby dan kakak duduk tepi pantai tu, ada kawasan untuk berteduh.. Tapi aku takkan lepaskan peluang ye untuk snap je apa yang patut hahaha even langit langsung tak bekerjasama!


Tapi dekat sini, takdela jernih sangat. Tapi ramai orang mandi even hujan -hujan. hmmm maybe air tak jernih, sebab hujan ye dok?

tailboat
teringin nak naik! maybe next time ye anak-anak? tak sesuai bawak baby naik ni. Slow sangat!



Dekat penghujung pulau ni, ada satu gua. Ramai orang pegi situ, dan macam biasa, demi memenuhi curiosity aku. Aku jalan kaki ye sampai hujung tu pasal nak nengok. Rupanya.... temple sajek! Hahahah tempat orang bako colok. tempat semayang dia.

temple tanda tanya, tapi curiosity dah dipenuhhiii Ehehhh

The Legend of Phranang
1)   Menurut orang-orang kat sini, Phra Nang (puteri) cave ni tempat nelayan menjamu spirit dalam bentuk kemenyan dan kalung bunga-bunga (Phallus of Shiva atau lebih dikenali sebagai Siwaleung or Palad Khik) di Thai. 
Jadi sebelum nelayan turun ke laut mereka akan menjamu spirit untuk mendapat tuah ataupun elak dari malang dan juga untuk keselamatan perjalanan mereka pergi dan balik. ie: ikan dapat banyak atau takde kapal karam macam tu.
Sampai sekarang amalan menjamu spirit ni mereka masih buat lagi, tapi tak ramai lah. Mungkin yang masih amalkan ni orang-orang lama (tua) la kot kan.        

2)   Legend ke 2 pula, ada yang kata Puteri Phra Nang ni seorang dewi, waktu hari jadi dia ramai orang bagi hadiah mewah-mewah tapi dia tak suka, dah boring katanya. Jadi ada satu dewa ni bagi objek lelaki tu kat dia, kenkonon simbol kesuburan la katanya. Hahahahaha  

3)   Ada banyak lagi legend pasal gua dan pulau ni, kalau nak baca boleh check out website ni, bagus juga baca pasal culture negara orang ni.

Sumber

sistur belakang tu nape pandang

ada haiwan pelikk. Tanjat tengok manusia agaknya

Okay tu saje ye tour untuk island hoping kali ni! Sangat best dan sesuai sangat tour ni kalau kau datang dengan baby, Sangat mesra baby! Pasal apa mesra? Pasal dia stop kat each point tu lama and you can spend time la lama sikit sementara nak tukar pampers ke, tukar baju baby ke, buat susu ke. 

Hahahah Daaaa.



1 comment:

  1. 4 Island Tour

    4 Island Tour is Providing you our best Watches Online in global trade for less and others services with www.krabifinder.com/room/abort-toures/.

    ReplyDelete