Pages

Saturday, December 10, 2016

Krabi Dec 2016, Day 1 -- ATV!

Heyeah. Early of this month, my sister and i went to Krabi, ala-ala short vacation lah yang di organized oleh kakak. Kita hanya jadik pembantu peribadi. Kalau nak diikutkan, bulan december bukan musim hujan. Tapi time kami pegi, almost everyday la hujan. Bernasib baik sebab hari pergi island hoping tu tak hujan teruk (sistur cerita  nanti).


Aku rasa percutian 4 hari 3 malam ke Krabi dah cukup ideal, sekali abang cakap..."lepas ni kena repeat Krabi kena datang seminggu" ewahh berlebihan pulak dia ni 😂


All the tips aku akan compile di penghujung entri nanti. Let's make it short! The first day, aku dengan kakak ambil flight lain. Aku naik dulu pagi tu, kakak naik tengahari. Jadik, macam biasa parking dekat ERL Putrajaya sentral la (tempat pujaan hatikuuu). 


KLIA - Krabi Airport - Aonang Beach - ATV - Hotel

1. Daripada Krabi airport pegi Aonang Beach, ada banyak cara kau boleh pakai. One of that is by bus (150 Thb). Kalau kau datang sorang atau berdua, bas adalah jalan terbaik. Kalau kau datang beramai rombongan mak kiah, sila ambil cab (600 thb) atau van tu ha.

Kalau naik bus, dia akan hantar kau sampai depan pintu hotel. Best kan?!




 Sampai sekarang kita pelik, kenapa awan dia begitu rendah? 😶



2.  Sampai Aonang dalam pukul 10 pagi. Awal sangat tuuuuu okay, nak check in bilik pun macam takkan dilayan la. Kita akan menghabiskan masa dengan carik pakej-pakej menarik, yang boleh dibuat kat Krabi ni ha. 




first day outfit be like ngeheheee

Tips dia mudah: Carik kedai kaler pink. Hakhakhak ni based on review dari blog lain. Kiosk dia dekat dengan pantai. Ada 3 meja. tu je la yang kita boleh bagi tau. Haha tapi kau masih boleh try ejen lain dan tawar sampai lebam.

Actually, tak berapa nak best time baru sampai ni sebab hujannnnn. Jadi kita beli pakej cepat cepat, lepastu carik tempat berteduh.

3. Lepas je beli pakej island hoping dengan elephant trekking, we went for lunch! yippiii. First day kan, failed la untuk carik kedai makan - kena pulak kedai makan yang.. emmm okay la takde teruk sgt rasa dia. So sooo. haha Orang cakap, yang dekat dengan masjid Aonang tu murah. Pegi la nengok, ternyata kita terpedaya. Memang la ada, tapi mahal kalau nak banding streetfood dekat tepi pantai Aonang. 




Nasi goreng tomyam!

4. Kendian, memang dah tak tau nak buat apa jadiknya kita pegi naik ATV. Entah macam mana la tiba-tiba boleh naik ATV, padahal takde dalam planning langsung! Actually weolls ni nak naik tuktuk balik hotel, dekat Ananta Burin Resort, quite far dari Aonang memang kena naik tuktuk. Kalau jalan kaki, tiyak kau lecak.


Tiba-tiba pakcik tuk tuk ni offer nak bawak kita jenjalan pusing kampung (600 Thb). Aku rasa pricey, tapi sebab memang takde nak buat apa pun hari first ni and poket cam tebal je. Hahahahahah so tu yang tersinggah main ATV.



Sebelum tu, tak lupa untuk singgah Yaminlah Pancake yang sedap adoiiii!! Sedap sangat sampai terbayang bila dah balik Malaysia! gihihihihi

yeksaiteds teruxx makan yaminlah sampai macam nak muntah tapi tak muntah muntah hmm



sekarang baru la masa untuk check in Ananta Burin Resort! Hotel pilihan kakak sebab pool access -,- Tapi kita taklah pilih bilik access pool, kita duduk bilik atas. tapi nak mandi pool, lari bilik kakak hehhee bijak bukan ?!






 yang penting ada peti kegemaran kita

Air dalam hotel pun kemain eksklusif mm

tengah sedap mandi berendam dalam bath tub, rupanya air aircond menitis kat luar! segera kita call technician sebaik dia layan kita, kalau dia biar kita duduk bilik aircord teruk centu kita dah kasi bad review kat Agoda. Hahah

Well, masa di nanti nantikan oleh irfan dan papa dada mummy telah tiba!



bibik duduk tepi






lupa rotate hehe


lepas maghrib jugak kita keluar carik makanan kat area Aonang Street. Ambek tuk tuk, hmm berapa ye...satu tuk tuk 120thb rasanya. 




gegar muka depan tu haha

even dah dinner, still lagi tak boleh move on dari Yaminlah. Jadi malam tu pegi lagi makan pancake!






 
Sampai makcik tu kasi pisang okay -,-

Cukup rasanya tenaga ni untuk buat aktiviti esok. Banyak pakai tenaga la kononyya. Hahahah! Salam sejahtera pada lemak, selamat datang :')


No comments:

Post a Comment