Pages

Friday, November 25, 2016

Yogyakarta: Merapi Lava Tour

Uish laju entri kali ni up, pasalnya kang tunggu punya tunggu dah bertimbun pulak benda nak cover wheheeh


Pagi pagi lagi dah keluar hotel, lepas breakfast terus supir jemput nak pegi naik merapi. Jadiknya, merapi ni tak ada apa sangat la kot. Setakat nak ada pengalaman naik jeep dia dengan montot rasa nak tercabut.



Sekali dengan mama dedi terpaksa naik. Hahahah pasal dia teringin nak naik, mesti dorang tak sangka lalu jalan berliku tu.


Oh ya, dalam perjalanan nak sampai dekat area lereng gunung merapi.. dia akan stop dekat muzium merapi. Actually, it was a house. Tapi lepas gunung merapi ni meletus sor orang dekat sekitar gunung merapi ni, terkesan la dan banyak rumah terbakar. So, rumah ni adalah mangsa kebakarang yang dijadikan muzium. Jadi korang boleh tengok la kesan kebakaran tu dekat rumah ni. 

Banyak yang dah rosak, tapi dia repair dan jadilah tempat pelancongan! Kalau korang hambek pakej merapi tu, driver tu yang akan guide korang. Dia la akan jadi jurucakap hehehe.

Nah jamu mata

Dengan segera terfikir sejenak, hmmm cane ekk kali iolls tengah tengok tv.. tetiba gunung merapi melahar emmm


Ni yang baju sama, pegi dengan geng leww


Dah macam lawatan sekolah hehe



Ala ala watak sampingan kak limah balik rumah

Eh goyang sikit tangan abam potograper neh 



Gaya cikgu sekolah explain kat anak murid hihi


Katanya meletus jam 12.15 am. masing-masing tengah mimpi indah

tu tengok. Ikut cerita sebenar, asap dia berkepul macam orang nak keluar dari situ. Interesting sangat untuk dikaji!


dia ni bukan boleh mak ayah dia ambek gambo, dia pun nak

okay tak nampak puncak -,-



Nama tempat terakhir dia akan park adalah Bunker Kaliadem. Kat sini sepatutnya nampak puncak, tapi banyak awan haritu hehe


Ada jugak gerai gerai untuk korang isi perut. Ittew nak beli pun pasal simpan space nak makan kat tempat lain! hihiiee







Trip ni habis dalam pukul 1 tengahari. Dia akan ambek masa separuh hari. Selalunya orang datang untuk sunrise. Tapi yelah kita pegi dengan mak pak, takkan nak pegi masa sunrise, mau kena hempok. Kalau kau pegi pagi pagi lepas subuh pun okay. So cuaca tak panas sangat. Nyaman, sejuk dan berangin. Cuma berpanas sekejap je la kat atas tu.

Trip ni kena caj 350,000 IDR @ RM 115+/- untuk satu jeep. Kalau pegi ramai, ha lebih jimat!

Selamat berlibur!

No comments:

Post a Comment