Salam Sayang Kembali Sayang Sayang Sekalian (hehe)
Sebenarnya penat okay hari-hari kemas barang pindah bilik, Rupa pelarian ada. Tapi memang berniat nak pergi merasa banyak tempat, so kita on je! Cuma ada satu hotel je kami tak punggah semua barang. Pasal bilik tu kecik sangat! nak masuk beg tarik memang tak lepas.
Hotel - Baron Waterfront, Kuah
RM 60 per night
Bilik kami book via booking.com, kalau korang pegi Langkawi korang akan jumpa banyak sangat perkataan Baron. Baron resort la, go kart la swimming la (okay tipu je), rupanya Baron ni nama company. Dia banyak buat bisnes.. tapi still dalam niche yang sama yakni pelancongan.
Waterfront ni khas untuk penjimat tegar seperti saiyaaa. Kalau nak jadi ongkaye, boleh book dekat Baron Resort. 300 meter lebih kurang daripada waterfront.
Kitorg book double room je, tiba-tiba ada katil extra. hihi so jadi la tempat letak beg baju dan sebagainya. Okay la, selesa.. takde bau bau yang tak menyenangkan. Luas pun luas dah boleh senamrobik.
Ada air panasss
Pakej khas untuk penginap sahajoo. Tapi kami tak ambek kat sini. hihi
Pemandangan luar bilik. ermmm pemandangan sangat (sesuai la dengan harga) hehe
Amara Motel, Kuah
RM 58 per night
Kalau waze je pun boleh jumpa. Motel ni dekat corner, jalan dia macam jalan kampung sikit (cara najwa determine jalan kampung). ada satu benda menarik... motel ni ada.... IRON!!! hihihi
motel ni macam lot kedai je, recept dia kat bawah. lepastu ada satu portion dia sewakan untuk kedai runcit dengan kedai gunting rambut. Naik tangga je nak pegi bilik, terus nampak iron. ohhh sorgakuu.
overall is fine as long air cond sejuk dan katil tilam dia.. memang lembut. Nampak brand, macam beli kat Akemi! hahah sempat!
Ada air panas jugekk hihi
Tubotel, Cenang
RM 128 per night
The following night dah start duduk area Cenang. Tapi hotel ni belum sampai Cenang lagi. Tempat dia terpinggir sikit. Dia betul-betul depan pantai. Tapi tak boleh mandi pun pantai tu. Kena tambak batu batu okay sedih yeeee.
Motif dia satu, nak tengok apa menarik sangat hotel ni yang sampai viral. Cehhh. Saya kasi 5 bintang untuk dekorasi dan 1/2 bintang untuk keselesaan, hmm 3 bintang untung breakfast. Emmm Tapi orang cakap pizza dia sedap, tak mampooo sekeping RM 20. Hakhak
Bilik bermotifkan bulat bulat salur paip
Dekorasi, ye A+
Sesuai untuk mat saleh bogel tepi pantai dan geng geng mabuk hahahah
untuk scenery pun A+. Ye, amatlah cantikkk so kami bayar adalah untuk scenery, bukan untuk bilik -,,-
Seeee, nampak sapa belakang i? Hahaha ada katil okay. Cannot brain cemana dorang ni boleh baring golek baca buku panaihh, hangat litlit
Bilik book, garden view, Ha garden sangat. Kalau seaview mau 400 kot. Hahhaha takpelah hadap garden je la yeeee. Jiran kami adalah jejaka sado dari negara tah mana
Dalam bilik. Muat-muat katil queen jeww
lantak ah muka hauk pun hauk la nak upload jugak. ni la gupa besaq bilik diaaa kalau hanimun, tak dapat main lari lari kejar kejar. hikhok
Nak solat, tapi kepala sangkut hahahaha nak pegi surau dia, jauh malas jalan.
Memandangkan kat sini shared toilet, so leceh nak wudhuk pastu nak jalan pegi surau dia hmmmm
Tapi even shared toilet, bersih jugak la toilet dan bathroom. Sambil cuci muka, gosok gigi.. usha brader sebelah. hikhok (lempang jugak muka sendiri)
Pass makan pagi!
Breakfast dia... okay la sedapp. Aku bayangkan macam breakfast kat hotel, mcm selalu aku pegi. Banyak pilihan... boleh ulang sejuta kali, ada omelette cheese. tenyata aku silap. bila boleh pilih pakej apa engko nak je. ermmm
benar-benar mengahadap laut!
Belum sunset, tapi dah gigih nak menyaksikan matahari kononnya
Breakfast yang indah mengahadap laut. Pasal bangun awal pagi, so boleh cop tempat! (k batak k batakkkk) padahal mencegah diri daripadatidur lepas subuh! nak pegi island hoping, lambat kang hoping atas kateyy
Tak sesuai untuk family ada anak kecik duduk Tubotel yeee kang haru biru hidup engkau. Jangan cakap ahkak tak paiyongg
Tomato Hotel, Cenang
RM 89
Satu lagi hotel area Cenang, dia dekat hujung jalan nak masuk simpang Pantai Tengah. Tapi kau jangan belok kanan, kalau dari Cenang kena belok kiri. Pastuu nampak Mamak Tomato. Ha di situ la. Hahaha Kalau kau waze, dia bawak pegi mana entah.
Yelah, tak semestinya waze ni benar belaka. Ehem. Hotel ni, hotel yang paling aku suka! paling selesa. Paling cantik. Even tak dekat dengan pantai, jauh sikit dengan tempat shopping night life.. tapi dia best!
Ada lampu romantik. tapi tak on pun sebab... terang sangat! Apa ingat nak parti?!
Tv besaq, katey besaq, ada peti ais, toilet besaqqqqq, ada peti besi.
ha hambek kau, kalau sesape nak mai Cenang... recommended untuk duduk sini. Sebab dia selesa!
Maap kualiti kamera hambar. Maybe baru lepas parasailing, tangan gegaq (Kaitan sangat)
dapat password, tak boleh connect! -,,-
Siap dapat 10% discount ye kalau nak makan kat mamak tadi. Sis makan roti canai, RM 1. Dapat la discount 10 sen. Jadi hanya bayar 90 sen. Hahahhahahahahahahha k.
Lupa ambek gambaq toilet, so ada ni je.. sipi-sipi je. okay la dari takde, nampak la jugak toilet tepi tu. bukan i yang toilet ye.
8door Inn, Cenang
RM 79 per night
Brader hotel ni 2-3 kali call tanya confirmation. Betul ke dak nak stay, pasal pakai booking.com, belum bayaq apa-apa lagi. Memandangkan nama dia 8 door, so bila sampai hotel, memang ada 8 door je! Hahahaha bilik dia sikit, patut la nak confirmkan betul-betul
Bila sampai dalam pukul 6.30, takde orang dekat recept. I call brader tadi, dia cakap masuk je bilik. Bayar malam nanti. Hahah berani ye dia kasi kita masuk dulu. Japgi kita curik tv tu kang.
hotel ni betul-betul depan underwaterworld. Tapi belah kampung, bukan belah pantai. Maybe tu harga mahal sikit, tak seiring dengan kualiti bilik, patut bilik macam ni harga RM 45 hengget jeww --,
Takde cermin... mmmm sebab tu sis kasi 2 bintang je. Hahaha tak besar, dan.. kecik saje. Sebbek esoknya dah nak bla.
Tengah malam, jam doblas. Ada orang ketuk pintu. Ah sudah, sapadia mengganggu ketenteraman malam hari -,,- rupanyaaaaaaaaaa brader tadi suruh check in! Haram jadahhh
dengan pakai baju tidoq, pi check in and bayar. Siyutt macam tak boleh bayar besok. ermm takut kita lari ah tu. Sebbek dia mintak maaf mengganggu. memang mengganggu pun okay! hahah
dah nak tidur tu... dengar orang gelak-gelak kat luar. Mabuk barangkali?
Masa nak check out tu.. dia wasep aku dulu, nanti tinggal je kunci kat bilik. Hahahah selambe betul management dia nih. Sempoi la sesuai untuk penginap bergelar anak muda. Kena mak ayah, mau membebel kat brader tu.
Ekceli kitorg tak kisah pun duduk bilik yang hazab dia punya decoration. yang penting, toilet dalam bilik dan ada aircond! hohoho Tapi jejaga, kadang ada gak hotel yang dekat ceruk pedalaman tah mana. Pastu, engkau kena baca review jugak. Kang dapat bilik bau pelik.. hmmm lepastu ada semut la apa la. Yek. Murah tu murah jugak, memang kalau boleh nak murah. Tapi biar selesa!
No comments:
Post a Comment