Pages

Saturday, September 19, 2015

Mini Travel: Memanjang Kaki ke Cameron Highland - Day 1

Tarikh: September 2015
Tempat: Cameron Highlands
Motif: Family Trip bebaskan minda kononnyeww
Ahli Jemaah: Satu family lahhh ngehehe

Horayh! The next destination is Cameron Highlands :D Angkat tangan gaya Irfan :D


Percutian kali ni macam biasa, di booked oleh kakak dekat Parkland Apartment, Brinchang. SUPER SELESA okay kalau nak bawak family yang ramai-ramai tu hekhek ada ruangtamu, dapur, bilik ada 3, toilet, iron. eh kaunape, toilet mesti la ade ennn ada peti ais, cerek dan pendek kata sesuai la nak duduk 3-4 hari 

Sumber: Google je lah

 Ni la view dari apartment kami. Ewahh kamii sangat. Terletak atas bukit, so feeling sikit melihat satu  Brinchang lewss

 aktiviti memunggah barang oleh dua orang ni telah bermula dengan jayanya. seronok tau dengar budak-budak ni menjerit lari-lari pusing satu rumah

 adelettewww benda nak capai keann



Suhu masa kami pergi tak la sejuk sangat, dalam 18 Celsius jerk. 3 lapis jugaklah pakai baju dalam rumah -,- Tak bukak kipas aircond pun sejukkk. Jadi kami putuskan untuk tak duduk rumah. Perjalanan kami sepanjang kat sini dipenuhi dengan makan makan makan dan makan!!! orang cakap rugi la kalau tak try steamboat kat sini. Tapi tak menyempat pun untuk steamboat, Oh hampa.

 Yeay angkat tangan sekali lagi. Tah kenapa posing centuu. Makcik tak ajiaq rasanya

Melahap dengan jayanya di Pekan Brinchang, sedap okay! tapi tak sempat nak cek nama kedai makan. Yang pasti, dia macam foodcourt kat tepi jalan je. Sis memang #teammakantepijalan takde hal punya. 

Lepastu terus je ke Ladang Teh. Kalau tak silap, masa rombongan darjah 5 dulu dah pegi. Huh, lain betul rupa dia sekarang (motif sangat ingat lagi masa darjah 5?!!)



 Dua orang Papa yang gigih menjaga anak mereka yang tak boleh duduk diam!


 Sambil memerhati keindahan lautan hijau yang menghijau, di temani air teh original dari Cameron, ohhh indah perasaan tu






 Cubaan meniru gaya Fiska Medina punya bapak! kehkeh




 Manisnya dua orang ni maniss sangat. Gigihkan diri untuk berjalan walau kaki tu sakit-sakit hehhehe


Antara part yang best adalah makan aiskrim strawberi!!! sedapnya sedapnyaaaaaaa Aiskrim ni kami dapat kat ladang strawbery; Taman Agro AlMashoor, merangkap kepunyaan kawan bapanya abang iparku. Hah panjangnya kronologi iniew.

Kalau datang cameron please la try aiskrim ni. Pleaseee patik mohon!


 Posing wajib Cameron adalah bersama strawberi di sana. Ceh, padahal bukan nak makan sangat pun. Strawberi juga lambang cinta barangkali? #tetiba

Yang kecik tu memang tak boleh duduk diam. Ada je benda nak kejar. Pening atuk, ngeheheh


Habis jerk satu hari, kami kembali ke markas dan mak masih lagi nak feeling hirup udara segar kat luar tu.  Kasi can beliau nak feeling retis. heheheeee


Dan takkan sesekali melepas kan peluang untuk tangkap gambar dengan bunga! mana-mana bunga dia jumpa semua dia nak ambek gambar hahahaha

okay lah sampai sini dulu sebab badan dah sakit sakit penat bekerja, tunggu untuk day 2 & 3!

No comments:

Post a Comment