Pages

Friday, July 04, 2014

Matriculation, the beautiful life ever.

So let me flashback sikit okay. Sikit. Since banyak entri dah private, entri pun dah jadi sikit. so boleh la aku flashback banyak-banyak. hohohhooooooo banyak ke sikit ni. banyak sikit banyak sikit hmm heeeee

dan semestinya benda yang paling layan untuk distorykan adalah kronologi hidup kat matrikla semestinya !! even before ni aku banyak post pasal matrik, takdela feeling sangat sebab aku post masa aku tengah study and now benda tu dah jadi kenangan. Banyak la aku nak buat kesimpulan ni hahaha

Masa nak masuk matrik ni sebenarnya aku ragu, sebab dapat tawaran uitm lendu. Kos Akaun la, mengelupur jugak nak pilih. Dan yang penting aku  TAK TAHU DEKAT PERLIS ADA MATRIK. bila aku skroll post yang lagi lama, before spm rasanya, aku terperasan aku boh pintu gerbang kmp, kononnya  entri pasal destinasi la. tapi tak tahu tu KMP dan akhirnya berjodoh. huahua


First time jauh dengan family, sampai ke Perlis ha. Jumpa roomate. Hahahahaha ni yang kelakar pasal roomate. Bilik aku ada 4 orang. 2 Terengganu 2 Selangor. Bilik memang kemain besar boleh buat main ragbi. Aku nampak Yana, roomate aku ni la. Dia menangis. maybe dah start homesick. hihi kita ada la tergelakkan dia masa tu. Maaf Yana :') And 2nd day, kami ni dah macam kenal setahun. Otak terus ngam. Sampai orang tanya "Sama sekolah ke dulu" kahkah

Bedtime story sampai pukul 2 3 pagi, padahal masa tu orientasi. Dan malam tu jugak derang buat latihan kebakaran. Ecewah skema. Memang beruntung la tak rentung sebab belum tidur. Alhamdulillah, dengan roomate pun bonding masih utuh. Gaduh sikit-sikit tu biasalah. Kena pandai handle. Siap ada group wakseppp dah sekarang. Yolaaa, semua busy sekarang. Elah je yang sama u dengan aku sekarang. Isha, dekat UUM, Yana, dekat UiTM Arau. Rindu *nangis 3 baldi*

Macam biasalah. Nak cerita pasal matrik ni sampai 3 tahun ke depan takkan habis. Seronok diaaaa, Allah je yang tahu. Pengalaman.. emosi.. mendewasakan.. ermm tapi part mendewasakan ni aku kena kaji balik. hahaha kkkk kita teghobek sampai nangis k


This time sambutan Maulidur Rasul. ecehceh ajet cun betul lah yang depan tu. So berbekalkan baju yang menawan, dapat la blok kami menang pakai seragam terbaik. Mungkin sebab putih, ala-ala suci lah kot ? puihhhhh


tadaaaa ! cakap je memang cantik k ?

Memandangkan aku jadi AJK blok masa matrik, aku memang suka overshadow, perasan sensorang. kehkeh. Nak buat macam mana, konfiden mesti ada. Budak wing aku pun boleh tahan. Yang best pasal blok adalah.... entah. Semuanya menarik. Bila dah tua sekarang ni, aku rasa momen buruk kat matrik pun jadi manissss jeeeeeeeee


Manusia tu mungkin datang, mungkin pergi. Mungkin berubah. Tapi kenangan takkan pernah mati

Haaaaaaaaaaa kenapala matrik ni setahun je. Memang selalu pun cakap macam ni bila dah nak habis matrik. Padahal masa nak PSPM, macam onggile nak habis matrik. Dasar manusia. Nak buat macam mana. Bertuah jugak, sebab kami dapat felo yang caring gila baik ya ampun. Sampai aku habis matrik, jadi AJKO pun dia ingat. Rasa nak menangis bila lecturer ingat kat kita ni even ada yang ingat aku sebab Kornain je --' okay la tuu okay la dari tak ingat langsung enn aherherhehrrrr


Yang ni, masa Iftar Perdana. Matrik aku ni memang banyak betul program derang buat. Serius banyak. Sampai tak cukup kaki tangan nak urus diri. Tu yang macam kena pam. Asyik makan non-stop. bahagia sangat.


Nah belanja bilik. Bilik masa study week. Bila study week lah masa nak tengok budak budak matrik jadi onggile study macam nak putus wayar otak. Tak dapat dinafikan. belajar kat matrik laju nak mapuih. Siapa nak tips belajar kat matrik, sila pm akak. hahaha 


Kalau subjek yang hafal tu yang lebih syahdu lagi terkesan dalam jiwa. Hahahaha terkenang-kenang duduk kat situ sampai 3 4 pagi. Roomate aku semua jenis tidur awal. Aku sorang je la kat situ. Bila siang, aku sorang je tidur -,- Kenapa la kat u tak gigih macam kat matrikkkkkk kenapaaa waiii wawa waiii


Kan aku cakap aku kaki overshadow ? ni masa pendaftaran larian satu Malaysia. Kalau tak silap la. lewsssssss


Sorang roomate aku ni jenis tak suka bergambar. Dia ni la orang pertama aku jumpa tak suka bergambar. Tapi dulik ahhhh. Nak jugakk, bila aku dapat gambar dia, clear muka. Kira pencapaian yang memuaskan la tu. heh

So so soooo baru baru ni aku pergi kmp. Ajko la. palagiii aktiviti wajib adalah melawat tapak kasih sayang. Duduk dalam tu lama-lama. Boleh menangis. So tangkap terus bla. Tak pasal banjir.


Besar tak besarla kan. bilik ni patut duduk 8 orang tapi kami duduk 4 orang. Memang la besoooo ye dakkk.


ni la site aku dengan yana, bercengkerama tiap-tiap malam. paling syok sebab aku selalu landing katil dia sebab saja nak mengada-ngada dengan dia.


Sini port prep. hahahaha prep sangat. Sini la makan, sini la study, tengok movie, buang kerusi letak tilam, landinggg ibarat permaisuri. Bahagia.


Sini site isha dengan elah. kengkadang buat gila jugak. semua tidur satu site. Nak buat macam mana, memasing jiwa ribena. Okay okay, actually setiap bilik ada 3 site dalam tu. sebab tu besaqq. Kot ada yang tak faham, kakak explain ni. hihi masuk Za'ba, kakak pengsan sebab terlalu kontra saiz biliknya. 


Ni la aktiviti dengan roomate. Konon nak coret kenangan. Hahahaha Kalau lah kena tangkap, memang masak. Dituduh atas kesalahan merosakkan harta benda kerajaan. tapi ni pun kira dah kantoi la sebenarnya kan? kopahal




Kalau tengok ampaian baju pun boleh teringat banyak benda. Kat situ la tempat nak menjemah dengan jiran-jiran sambil sidai baju. Lepastu, depan bilik aku ada pokok kelapa tau. ada kerusi. kat situ la paling heaven nak layan perasaan.



Komsas Siti Khadijah, nanti kita jumpa lagi. Awak jangan risau sebab saya ni selalu je pegi kmp. hahahah selalu apebende, setahun ada la sekali dua. nak buat macam mana, jauhhhh ukm ke kmp. Kalau sebelah je, memang hari-hari pergi. Mana idoknyeee, member-2 yang study area utara boleh kata tiap minggu mai kmp. Teruk sangat penangan kmp ni.


So akak rasa, Ajko dan aktif alumni adalah platform terbaik untuk melepaskan rindu kat kmp. Rindu. tipu tak rindu. Satu lagi rindu mungkin sebab akak join AJKO dak ? hahaha nanti la next entri pasal Ajko k. Sekarang akak kena tidur. Nak bagi susu kat anak, esok nak masak sahur kat suami akak. nak kemas rumah. hahahaha taklah, akak tipu je. kbai.



1 comment: